? ??????????????Cactus Horizon? ????? ?? ???Rating: 4.1 (82 Ratings)??27 Grabs Today. 10127 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Stars and Space? ????? ?? ???Rating: 3.5 (182 Ratings)??27 Grabs Today. 9704 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 28, 2010

Bulan Teknik Dan Vokasional 2009

Gambar-gambar aktiviti Bulan Teknik dan Vokasional 2009 sesi petang.
Antara acara yang dipertandingkan adalah
mencipta nipkin terbaik, menggubah bunga, pameran dan kuiz spontan.

Terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat.

Bulan Teknik Dan Vokasional 2009

Gambar-gambar ini diambil semasa Bulan Teknik Dan Vokasional 2009
Antara acara yang dipertandingkan sesi pagi ialah
Kuiz, "Green Finger" - melakukan tut tumbuhan, kuiz spontan pagi.

Terima kasih kepada semua guru di bawah bidang Votek yang telah menjayakan Bulan Teknik dan Vokasional tahun 2009.

Lawatan Ke Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris 2009






Lawatan ini dipimpin oleh En.Paunggin Ransoi dan beberapa guru KHB dan Ketua Bidang. Lawatan ini bertujuan mendedahkan murid yang mengambil Sains Pertanian Tingkatan 5 tentang peluang-peluang mereka selepas SPM.

Banyak kebaikan yang diperolehi oleh murid semasa lawatan ini, seperti pengalaman melawat ternakan ayam dan itik, lawatan ke fetigasi sayuran dan ladang kulat dan ladang mini buah naga.

Antara guru yang terlibat sama ialah seperti:-
Puan Samsia (Ketua Panitia KHB), Cikgu Georgie, Cikgu Mainih, Cikgu Fatmawati, Cikgu Johnson, Cikgu Jubile, cikgu Helda, Cikgu Imee, ustazah Ummie dan 4 orang guru pelatih dari UMS.

Pesan dari Ketua Bidang:- Terima kasih khususnya En. Paunggin yang telah merancang Lawatan dengan begitu rapi dari awal sehingga berakhirnya lawatan tersebut. Juga kepada semua guru-guru yang memberi kerjasama sepenuhnya.Dan tidak lupa juga kepada pengetua Puan Ngiam yang telah meluluskan peruntukan mengadakan lawatan ini. Dan kepada semua murid yang mengikuti lawatan ini. Selamat Maju Jaya. Sekian.

Tuesday, January 26, 2010

Pengenalan

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog SMK St John.

Saya En. Kellson Shim, ketua bidang teknik dan vokasional mengucapkan salam pertemuan kepada semua pembaca. Di sini saya ingin memulakan blog ini dengan pengenalan kepada Bidang Teknik dan Vokasional yang saya terajui.

Bidang Teknik dan Vokasional adalah satu daripada 4 bidang yang penting dalam peningkatan prestasi sekolah agar sentiasa cemerlang.

Terdapat dua panitia utama di bawah bidang Teknik dan Vokasional iaitu Panitia Perdagangan, Ekonomi dan Prinsip Perakaunan (Panitia PEP) yang diketui oleh Puan Haliney Rampun dan Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu (Panitia KHB) yang diketuai oleh Puan Samsia Abdul Salam.

Saya juga ingin memperkenalkan guru-guru di bawah Bidang Votek yang sangat dedikasi
1. Puan Haliney Rampun selaku Ketua Panitia PEP dan guru Perdagangan dan Ekonomi Asas.
2. Puan Voo Yen Ha - guru Prinsip Perakaunan.
3. Encik Paunggin Ransoi - guru Sains Pertanian.
4. Puan Samsia Abdul Salam selaku Ketua Panitia KHB dan guru KH-Pertanian.
5. Puan Rachel Anthony - guru KH-Kemahiran Teknikal
6. Puan Georgie Anna Jikar - guru KH-Perdagangan dan Keusahawanan.
5. Encik Francis Densia - guru KH-Ptn, KT dan PK.

Semoga Bidang Votek ini akan kekal antara yang menyumbangkan keputusan yang terbaik buat SMK St. John.

Sekian buat ini.

Yang Menjalankan tugas,
KB Votek 2010